Sunday, 16 August 2009

Poligami Menurut Undang-Undang Keluarga Islam Di Brunei

Poligami bukanlah satu perkara yang baru atau hanya diamalkan dalam ajaran agama Islam. Sebenarnya ia sudah ada sebelum kedatangan Islam seperti yang berlaku pada masyarakat Jahiliyyah atau di zaman nabi-nabi sebelum Rasulullah S.a.w. Ini bermakna Islam bukanlah agama pertama yang membolehkan poligami, sebab nyatanya aturan poligami yang berlaku sekarang ini juga hidup dan berkembang di negara-negara yang bukan Islam seperti Afrika, India, Cina dan Jepun. Tidaklah benar ada tuduhan yang mengatakan poligami hanya terdapat di negara-negara Islam
Pada masa kini, isu poligami sering dijadikan polimik dalam masyarakat sehingga menimbulkan pelbagai persepsi yang positif dan tidak kurang juga yang berbau negatif. Kesan dari perkara ini kadang-kadang menimbulkan perselisihan dan ketegangan kepada pelbagai pihak. Oleh itu untuk mengawal perkara ini, di Negara Brunei Darussalam telah digubal satu undang-undang yang disebut sebagai “Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam) 1999”. Undang-undang ini bertujuan mengawal pengharusan poligami daripada disalahgunakan oleh mereka yang kurang faham dan menyalahtafsirkan konsep poligami yang sebenar. Justeru itu, kertas kerja ini merupakan kajian yang bersifat empirikal kerana berlandaskan fakta-fakta dari salah sebuah institusi kerajaan yang telah dikaji.

1 comment:

  1. assalam...bleh biskita emel kajian biskita atu untuk bahan rujukan hmba kpd diniluuf@homtmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete