Kertas kerja ini membincangkan mengenai Bahasa Lisan dan Bahasa Tulisan. Kedua-dua jenis bahasa ini sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain. Sebagai contoh dalam urusan kehidupan seharian, manusia menggunakan pertuturan untuk berhubung dan dalam masa yang sama mereka juga menggunakan bahasa tulisan. Hal ini bermakna, bahasa lisan tidak boleh dipisahkan dengan bahasa tulisan sebaliknya keduanya harus dibezakan kerana kedua-duanya membentuk wacana yang berlainan. Atas dasar inilah wacana bahasa lisan perlu dibezakan dengan wacana bahasa tulisan. Oleh sebab itu, kertas kerja ini cuba membincangkan tentang perbezaan kedua-dua jenis bahasa tersebut berdasarkan perspektif linguistik. 
Bagaimanapun, tugasan tersebut tidak akan saya paparkan di dalam blog ini. Akan tetapi, bagi sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut kandungan tugasan tersebut bolehlah menghantar email terlebih dahulu kepada saya di alamat ardambrunei@gmail.com.
Semoga tugasan ini sedikit sebanyak dapat membantu awda menambah dan meningkatkan pengetahuan atau sebagai rujukan di dalam kajian awda. Apa yang saya harapkan ialah semoga tugasan ini menjadi sumbangan bermanfaat kepada masyarakat umum, para mahasiswa dan pengkaji bahasa.
Sungguhpun demikian, tugasan ini tidak terlepas daripada kesalahan atau kesilapan. Oleh itu, saya mengalu-alukan teguran, cadangan dan apa jua usaha untuk memperbaikinya.
Akhirnya, apa-apa yang baik daripada saya datangnya daripada Allah S.W.T. jua dan apa-apa yang tidak baik daripada saya datangnya daripada diri saya sendiri jua...Sekian, wassalam...
No comments:
Post a Comment