Tazkiah An-Nafs bermaksud penyucian hati/jiwa. Persoalannya "Kenapakah hati perlu dibersihkan?". Jawapannya adalah kerana hati merupakan raja bagi ruh atau jiwa manusia. Oleh itu pembersihan ruh atau penyucian jiwa manusia itu sebenarnya secara tidak langsung menyentuh pembersihan hati. Sebagai contoh setiap amalan yang dilakukan mestilah disertai niat, sedangkan tempat niat adalah di hati. Apabila niat betul maka sudah setentunya ruh atau jiwa manusia itu akan melakukan perkara yang sama, begitu juga sebaliknya. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. dibedah sebanyak dua kali untuk membersihkan ruh dan jiwanya dalam menyempurnakan niat dan akhlaknya pada menyampaikan dakwah kepada umat manusia. Walaupun hati adalah penentu bagi setiap amalan yang dilakukan, namun hati sentiasa terdedah kepada kekotoran disebabkan maksiat yang telah kita lakukan. Sedangkan maksiat membawa kepada dosa, dan setiap dosa akan memberi satu titik hitam dalam hati manusia. Jalan bagi mengatasi masalah ini ialah melalui pembersihan jiwa atau dikenali dengan “Tazkiyah An-Nafs”. Melalui jalan ini jiwa akan suci dan bersih, penuh cahaya petunjuk daripada Allah S.W.T. Perkara inilah yang akan dikupas dan dijelaskan di dalam tugasan ini.Bagaimanapun, tugasan tersebut tidak akan saya paparkan di dalam blog ini. Akan tetapi, bagi sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut kandungan tugasan tersebut bolehlah menghantar email terlebih dahulu kepada saya di alamat ardambrunei@gmail.com.
Semoga tugasan ini sedikit sebanyak dapat membantu awda menambah dan meningkatkan pengetahuan atau sebagai rujukan di dalam kajian awda. Apa yang saya harapkan ialah semoga tugasan ini menjadi sumbangan bermanfaat kepada masyarakat umum, para mahasiswa dan guru-guru agama.
Sungguhpun demikian, tugasan ini tidak terlepas daripada kesalahan atau kesilapan. Oleh itu, saya mengalu-alukan teguran, cadangan dan apa jua usaha untuk memperbaikinya.
Akhirnya, apa-apa yang baik daripada saya datangnya daripada Allah S.W.T. jua dan apa-apa yang tidak baik daripada saya datangnya daripada diri saya sendiri jua...Sekian, wassalam...
No comments:
Post a Comment