Wednesday, 5 August 2009

Bengkel Pembinaan Web Blog

5 Ogos 2009 - Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam melalui Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi mengadakan bengkel pembinaan web-blog. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan tentang kemudahan teknologi maklumat & komunikasi. Seramai 14 orang peserta mengikuti bengkel ini yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan di jabatan ini.

Melalui bengkel ini, para pegawai dan kakitangan bukan saja dapat meningkatkan kemahiran tentang penggunaan ICT namun dapat mengeratkan silaturrahim antara sesama mereka.

Beberapa orang peserta meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana mengadakan bengkel sedemikian yang julung-julung kali diadakan, dan mereka menyarankan agar bengkel-bengkel serupa akan dilaratkan lagi pada masa akan datang.

Bengkel tersebut diadakan selama 2 hari bermula 5 hingga 6 Ogos 2009, bertempat di tingkat 1 Bangunan Baru Kementerian Pendidikan.

No comments:

Post a Comment