Wednesday, 5 August 2009

Nisfu Syaaban

6 Ogos 2009 - Dalam bahasa arab 'nisfu' beerti setengah, manakala 'Nisfu Syaaban' pula bermaksud setengah bulan Syaaban kerana malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab Fadilat Bulan Rejab Sya'ban Ramadzan (Budiman Radzi, 1990:15) "Keagungan bulan Syaaban adalah dengan malam Nisfu Syaaban, keagungan bulan Rejab dengan malam Isra' dan Mikraj, dan keagungan Ramadan dengan malam Lailatul Qadarnya".

Selain itu, Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan pada buku yang baru itu akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib pada 15 Syaaban. Oleh sebab itu, masyarakat Brunei lazimnya menyemarakkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib dengan niat berikut:

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam im
an (Husnul Khatimah)

Kemudian berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban).


Dengan amalan sedemikian, semoga kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T. dan diberi ganjaran yang setimpal.


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment