Tugasan ini dibuat adalah untuk mengkaji dan menjelaskan mengenai penggunaan bahasa dalam hasil-hasil kesusasteraan khususnya dalam bentuk puisi atau prosa. Ini kerana, bahasa yang digunakan dalam hasil-hasil kesusasteraan berbeza dengan bahasa yang kita gunakan sehari-hari, sedangkan bahasa mempunyai aturan tertentu sama ada dari sudut fonologi, morfologi, sintaksis mahupun semantik. Persoalannya, adakah bahasa yang digunakan dalam hasil-hasil kesusasteraan perlu mengikut aturan bahasa atau apakah tidak menjadi kesalahan jika tidak mengikut aturan bahasa?. Persoalan inilah yang akan dikupas dan dijelaskan di dalam tugasan ini.Bagaimanapun, tugasan tersebut tidak akan saya paparkan di dalam blog ini. Akan tetapi, bagi sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut kandungan tugasan tersebut bolehlah menghantar email terlebih dahulu kepada saya di alamat ardambrunei@gmail.com.
Semoga tugasan ini sedikit sebanyak dapat membantu awda menambah dan meningkatkan pengetahuan atau sebagai rujukan di dalam kajian awda. Apa yang saya harapkan ialah semoga tugasan ini menjadi sumbangan bermanfaat kepada masyarakat umum dan pengkaji bahasa. Sungguhpun demikian, tugasan ini tidak terlepas daripada kesalahan atau kesilapan. Oleh itu, saya mengalu-alukan teguran, cadangan dan apa jua usaha untuk memperbaikinya.
Akhirnya, apa-apa yang baik daripada saya datangnya daripada Allah S.W.T. jua dan apa-apa yang tidak baik daripada saya datangnya daripada diri saya sendiri jua...Sekian, wassalam...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih atas usahanya...Moga ada lagi esei-esei yang lain untuk dicopy...hehehe...