Monday, 17 August 2009

Kepentingan Pengetahuan Tentang Sintaksis Kepada Guru-Guru Bahasa Melayu

Guru bahasa merupakan pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa. Oleh yang demikian guru-guru bahasa perlu mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa yang diajarkannya. Antara pengetahuan dan kefahaman yang penting bagi guru-guru bahasa adalah berkait dengan pengetahuan dan kefahaman tentang sintaksis. Ini kerana bahasa terdiri dari ayat-ayat, sedangkan sintaksis pula berhubung dengan bagaimana hendak membentuk ayat. Tanpa pengetahuan yang mantap tentang sintaksis, bagaimanakah guru-guru bahasa dapat mengajarkan sesuatu bahasa?. Berdasarkan persoalan tersebut, dalam penulisan ini cuba membincangkan pentingnya pengetahuan tentang sintaksis bagi guru-guru bahasa Melayu dan bagaimana pengetahuan dan kefahaman tersebut boleh diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu.

Bagaimanapun, tugasan tersebut tidak akan saya paparkan di dalam blog ini. Akan tetapi, bagi sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut kandungan tugasan tersebut bolehlah menghantar email terlebih dahulu kepada saya di alamat ardambrunei@gmail.com.

Semoga tugasan ini sedikit sebanyak dapat membantu awda menambah dan meningkatkan pengetahuan atau sebagai rujukan di dalam kajian awda. Apa yang saya harapkan ialah semoga tugasan ini menjadi sumbangan bermanfaat kepada masyarakat umum, para mahasiswa dan guru-guru bahasa.

Sungguhpun demikian, tugasan ini tidak terlepas daripada kesalahan atau kesilapan. Oleh itu, saya mengalu-alukan teguran, cadangan dan apa jua usaha untuk memperbaikinya.

Akhirnya, apa-apa yang baik daripada saya datangnya daripada Allah S.W.T. jua dan apa-apa yang tidak baik daripada saya datangnya daripada diri saya sendiri jua...Sekian, wassalam...

Bahasa Lisan Dan Bahasa Tulisan

Kertas kerja ini membincangkan mengenai Bahasa Lisan dan Bahasa Tulisan. Kedua-dua jenis bahasa ini sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain. Sebagai contoh dalam urusan kehidupan seharian, manusia menggunakan pertuturan untuk berhubung dan dalam masa yang sama mereka juga menggunakan bahasa tulisan. Hal ini bermakna, bahasa lisan tidak boleh dipisahkan dengan bahasa tulisan sebaliknya keduanya harus dibezakan kerana kedua-duanya membentuk wacana yang berlainan. Atas dasar inilah wacana bahasa lisan perlu dibezakan dengan wacana bahasa tulisan. Oleh sebab itu, kertas kerja ini cuba membincangkan tentang perbezaan kedua-dua jenis bahasa tersebut berdasarkan perspektif linguistik.

Bagaimanapun, tugasan tersebut tidak akan saya paparkan di dalam blog ini. Akan tetapi, bagi sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut kandungan tugasan tersebut bolehlah menghantar email terlebih dahulu kepada saya di alamat ardambrunei@gmail.com.

Semoga tugasan ini sedikit sebanyak dapat membantu awda menambah dan meningkatkan pengetahuan atau sebagai rujukan di dalam kajian awda. Apa yang saya harapkan ialah semoga tugasan ini menjadi sumbangan bermanfaat kepada masyarakat umum, para mahasiswa dan pengkaji bahasa.

Sungguhpun demikian, tugasan ini tidak terlepas daripada kesalahan atau kesilapan. Oleh itu, saya mengalu-alukan teguran, cadangan dan apa jua usaha untuk memperbaikinya.

Akhirnya, apa-apa yang baik daripada saya datangnya daripada Allah S.W.T. jua dan apa-apa yang tidak baik daripada saya datangnya daripada diri saya sendiri jua...Sekian, wassalam...

Sunday, 16 August 2009

Poligami Menurut Undang-Undang Keluarga Islam Di Brunei

Poligami bukanlah satu perkara yang baru atau hanya diamalkan dalam ajaran agama Islam. Sebenarnya ia sudah ada sebelum kedatangan Islam seperti yang berlaku pada masyarakat Jahiliyyah atau di zaman nabi-nabi sebelum Rasulullah S.a.w. Ini bermakna Islam bukanlah agama pertama yang membolehkan poligami, sebab nyatanya aturan poligami yang berlaku sekarang ini juga hidup dan berkembang di negara-negara yang bukan Islam seperti Afrika, India, Cina dan Jepun. Tidaklah benar ada tuduhan yang mengatakan poligami hanya terdapat di negara-negara Islam
Pada masa kini, isu poligami sering dijadikan polimik dalam masyarakat sehingga menimbulkan pelbagai persepsi yang positif dan tidak kurang juga yang berbau negatif. Kesan dari perkara ini kadang-kadang menimbulkan perselisihan dan ketegangan kepada pelbagai pihak. Oleh itu untuk mengawal perkara ini, di Negara Brunei Darussalam telah digubal satu undang-undang yang disebut sebagai “Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam) 1999”. Undang-undang ini bertujuan mengawal pengharusan poligami daripada disalahgunakan oleh mereka yang kurang faham dan menyalahtafsirkan konsep poligami yang sebenar. Justeru itu, kertas kerja ini merupakan kajian yang bersifat empirikal kerana berlandaskan fakta-fakta dari salah sebuah institusi kerajaan yang telah dikaji.

Konsep Tazkiyah An-Nafs Dalam Pembentukan Akhlak Islam

Tazkiah An-Nafs bermaksud penyucian hati/jiwa. Persoalannya "Kenapakah hati perlu dibersihkan?". Jawapannya adalah kerana hati merupakan raja bagi ruh atau jiwa manusia. Oleh itu pembersihan ruh atau penyucian jiwa manusia itu sebenarnya secara tidak langsung menyentuh pembersihan hati. Sebagai contoh setiap amalan yang dilakukan mestilah disertai niat, sedangkan tempat niat adalah di hati. Apabila niat betul maka sudah setentunya ruh atau jiwa manusia itu akan melakukan perkara yang sama, begitu juga sebaliknya. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. dibedah sebanyak dua kali untuk membersihkan ruh dan jiwanya dalam menyempurnakan niat dan akhlaknya pada menyampaikan dakwah kepada umat manusia. Walaupun hati adalah penentu bagi setiap amalan yang dilakukan, namun hati sentiasa terdedah kepada kekotoran disebabkan maksiat yang telah kita lakukan. Sedangkan maksiat membawa kepada dosa, dan setiap dosa akan memberi satu titik hitam dalam hati manusia. Jalan bagi mengatasi masalah ini ialah melalui pembersihan jiwa atau dikenali dengan “Tazkiyah An-Nafs”. Melalui jalan ini jiwa akan suci dan bersih, penuh cahaya petunjuk daripada Allah S.W.T. Perkara inilah yang akan dikupas dan dijelaskan di dalam tugasan ini.
Bagaimanapun, tugasan tersebut tidak akan saya paparkan di dalam blog ini. Akan tetapi, bagi sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut kandungan tugasan tersebut bolehlah menghantar email terlebih dahulu kepada saya di alamat ardambrunei@gmail.com.

Semoga tugasan ini sedikit sebanyak dapat membantu awda menambah dan meningkatkan pengetahuan atau sebagai rujukan di dalam kajian awda. Apa yang saya harapkan ialah semoga tugasan ini menjadi sumbangan bermanfaat kepada masyarakat umum, para mahasiswa dan guru-guru agama.

Sungguhpun demikian, tugasan ini tidak terlepas daripada kesalahan atau kesilapan. Oleh itu, saya mengalu-alukan teguran, cadangan dan apa jua usaha untuk memperbaikinya.

Akhirnya, apa-apa yang baik daripada saya datangnya daripada Allah S.W.T. jua dan apa-apa yang tidak baik daripada saya datangnya daripada diri saya sendiri jua...Sekian, wassalam...

Murabahah (Mengambil Keuntungan)

Murabahah adalah salah satu kaedah jual beli yang diperkenalkan sejak permulaan awal Islam lagi dan masih praktikal sehingga sekarang. Hal ini dapat dilihat pada beberapa perniagaan yang besar seperti perbankan Islam yang melaksanakan sistem ini sebagai altenatif dalam mengaut keuntungan. Hasil daripada pelaksanaan tersebut beberapa peraturan telah digubal dan dikaji agar sistem jual beli secara Murabahah ini menepati hukum syara’ dan kehendak umum. Tindakan ini dibuat memandangkan jika kaedah ini digunakan dengan meluas dan sewenang-wenangnya setentunya akan mewujudkan riba secara tidak langsung. Oleh sebab itu, kertas kerja ini akan menjelaskan mengenai hukum, landasan dan sandaran, konsep, prinsip, syarat dan pelaksanaan Murabahah berdasarkan kajian di sebuah institusi perbankan Islam di Negara Brunei Darussalam.

Bagaimanapun, tugasan tersebut tidak akan saya paparkan di dalam blog ini. Akan tetapi, bagi sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut kandungan tugasan tersebut bolehlah menghantar email terlebih dahulu kepada saya di alamat ardambrunei@gmail.com.

Semoga tugasan ini sedikit sebanyak dapat membantu awda menambah dan meningkatkan pengetahuan atau sebagai rujukan di dalam kajian awda. Apa yang saya harapkan ialah semoga tugasan ini menjadi sumbangan bermanfaat kepada masyarakat umum, para mahasiswa dan peniaga.

Sungguhpun demikian, tugasan ini tidak terlepas daripada kesalahan atau kesilapan. Oleh itu, saya mengalu-alukan teguran, cadangan dan apa jua usaha untuk memperbaikinya.

Akhirnya, apa-apa yang baik daripada saya datangnya daripada Allah S.W.T. jua dan apa-apa yang tidak baik daripada saya datangnya daripada diri saya sendiri jua...Sekian, wassalam...

Sunday, 9 August 2009

Bahasa Puitika Dari Perspektif Linguistik

Tugasan ini dibuat adalah untuk mengkaji dan menjelaskan mengenai penggunaan bahasa dalam hasil-hasil kesusasteraan khususnya dalam bentuk puisi atau prosa. Ini kerana, bahasa yang digunakan dalam hasil-hasil kesusasteraan berbeza dengan bahasa yang kita gunakan sehari-hari, sedangkan bahasa mempunyai aturan tertentu sama ada dari sudut fonologi, morfologi, sintaksis mahupun semantik. Persoalannya, adakah bahasa yang digunakan dalam hasil-hasil kesusasteraan perlu mengikut aturan bahasa atau apakah tidak menjadi kesalahan jika tidak mengikut aturan bahasa?. Persoalan inilah yang akan dikupas dan dijelaskan di dalam tugasan ini.

Bagaimanapun, tugasan tersebut tidak akan saya paparkan di dalam blog ini. Akan tetapi, bagi sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut kandungan tugasan tersebut bolehlah menghantar email terlebih dahulu kepada saya di alamat ardambrunei@gmail.com.

Semoga tugasan ini sedikit sebanyak dapat membantu awda menambah dan meningkatkan pengetahuan atau sebagai rujukan di dalam kajian awda. Apa yang saya harapkan ialah semoga tugasan ini menjadi sumbangan bermanfaat kepada masyarakat umum dan pengkaji bahasa. Sungguhpun demikian, tugasan ini tidak terlepas daripada kesalahan atau kesilapan. Oleh itu, saya mengalu-alukan teguran, cadangan dan apa jua usaha untuk memperbaikinya.

Akhirnya, apa-apa yang baik daripada saya datangnya daripada Allah S.W.T. jua dan apa-apa yang tidak baik daripada saya datangnya daripada diri saya sendiri jua...Sekian, wassalam...

Wednesday, 5 August 2009

Nisfu Syaaban

6 Ogos 2009 - Dalam bahasa arab 'nisfu' beerti setengah, manakala 'Nisfu Syaaban' pula bermaksud setengah bulan Syaaban kerana malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab Fadilat Bulan Rejab Sya'ban Ramadzan (Budiman Radzi, 1990:15) "Keagungan bulan Syaaban adalah dengan malam Nisfu Syaaban, keagungan bulan Rejab dengan malam Isra' dan Mikraj, dan keagungan Ramadan dengan malam Lailatul Qadarnya".

Selain itu, Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan pada buku yang baru itu akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib pada 15 Syaaban. Oleh sebab itu, masyarakat Brunei lazimnya menyemarakkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib dengan niat berikut:

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam im
an (Husnul Khatimah)

Kemudian berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban).


Dengan amalan sedemikian, semoga kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T. dan diberi ganjaran yang setimpal.


Wallahua'lam.

Tugasan Pertama

6 Ogos 2009 - Setelah para peserta menerima penerangan daripada fasilitator, mereka dibimbing untuk membina dan mengubahsuai web-blog masing-masing. Mereka mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di sepanjang bengkel tersebut.

Meskipun para peserta terlalu baru tentang pembinaan web-blog, namun mereka melakukan gerak kerja dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya mengubahsuai wajah web-blog mereka. Dengan kejayaan tersebut, keriangan jelas terserlah di wajah para peserta.

Bengkel Pembinaan Web Blog

5 Ogos 2009 - Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam melalui Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi mengadakan bengkel pembinaan web-blog. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan tentang kemudahan teknologi maklumat & komunikasi. Seramai 14 orang peserta mengikuti bengkel ini yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan di jabatan ini.

Melalui bengkel ini, para pegawai dan kakitangan bukan saja dapat meningkatkan kemahiran tentang penggunaan ICT namun dapat mengeratkan silaturrahim antara sesama mereka.

Beberapa orang peserta meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana mengadakan bengkel sedemikian yang julung-julung kali diadakan, dan mereka menyarankan agar bengkel-bengkel serupa akan dilaratkan lagi pada masa akan datang.

Bengkel tersebut diadakan selama 2 hari bermula 5 hingga 6 Ogos 2009, bertempat di tingkat 1 Bangunan Baru Kementerian Pendidikan.